God' sent us our lil' angel ...on 26th May 2010...just 4 days after dada's birthday and 4 days more to mama's birthday

Sunday, November 7, 2010

Thursday, October 28, 2010

Soy/soy products

I've checked with paed...it's ok for baby with G6PD deficiency..ean has been taking Enfalac A+ since born, now is changing to Enfalac A+ HA.

G6PD Deficiency (Kekurangan Enzim G6PD)

Sedikit info tentang G6PD

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Diagnosa

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah dari tali pusat. Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi secara keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.


Gejala/Tanda-tanda

Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundice) yang tinggi dengan cepat, akibat dari hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk :

Akibat dari kurang darah

* kelihatan pucat
* tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
* pening
* degupan jantung yang laju
* sukar bernafas
* sakit dada

Akibat dari hemolisis

* jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.

Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.

Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.


Ubat-ubat dan bahan-bahan yang patut dielakkan

Bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu tahu mendalami mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu menjauhi dari terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis (senarai ubat-ubat serta bahan-bahan seperti di Rajah 1).

Hemolisis juga akan berlaku jika beliau termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti di Rajah 1 agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.

Pastikan anda beritahu doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.

Rajah 1 : Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis

Makanan dan Herba yang mesti dielakkan

* Kacang parang (fava beans)
* Ubat China
o Chuen Lin
o San Chi
o 13 herbs
o 12 herbs

* Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)

Bahan lain yang mesti dielakkan

* Ubat gegat (moth balls)
* Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

Ubat yang mesti dielakkan

* Acetanilide
* Doxorubicin
* Furazolidene
* Methylene Blue
* Nalidixic acid
* Niridazole
* Nitrofurantoin
* Phenozopyridine
* Primaquine
* Sulfamethoxazole
* Bactrim




Ubat yang boleh diberi dalam dos terapeutik

* Paracetamol
* Ascorbic acid
* Aspirin
* Chloramphenicol
* Chloroquine
* Colchicine
* Diphenhydramine
* Isoniazid
* Phenacetin
* Phenylbutazone
* Phenytoin
* Probenecid
* Procainamide
* Pyrimethamine
* Quinidine
* Streptomycin
* Sulfisoxazole
* Trimethoprim
* Tripelennamine
* Vitamin K

* Mefloquine

Ean' getting better...hopefully..

Just called mom, she's been taking care of ean these few days..mom told that he only cough one time and is getting better...Love u, my baby ean!! thanks, MOM! lOve U too!

Ean is sick!

It was all started on 16th Oct when we realize he had a little cough but still a happy and active lil guy..then on 18th Oct i got a phone call from the babysitter and was told that he's sic. We (me and lula nanie)rushed him to azZahra to see the paed Dr Nik Rose. I was told that he's got bronchitis and was prescribed meds for that..then after took the meds, he's not even getting better but worse,and he even had fever..a very high fever..


and again on 20th, baby ean was sent to emergency putrajaya hosp..his fever was very high 38.7 C but the doc only gave the paracetamol and i was told that the viral fever will lasts up to 4-5 days..kata doc dada dia ok je..?

on 23rd, dia belum sihat dan muntah2 pula..so I brought him to Dr Nik Rose again but unfortunately..we reached there past 1Pm and there's no more paed on duty by that time...so we end up seeing the general doc. kesian baby ean...nampak lemah sangat, he didn't even can't finished up his 2oz of milk, batuk2 dan muntah2 lagi..doctor nak masukkan wad, paniknya waktu tu..i minta refer hosp putrajaya sbb kena tunggu q takde room available kat azzahra tu..

sampai je kat emergency putrajaya, sekali lg dia diberi' insert' paracetamol, dan diberi gas then doc amik darah dia...tapi doktor tak masukkan dia ke wad pun,..even dah di informed kat azzahra dia dah nak masukkan baby ke wad sbb nampak sangat lemah..doc kata ean ok lgi...dia tak ckp pun pasal sample darah yang diambil tu..i doubt la result dia keluar masa tu jugak...so..kesimpulannya...mmg doc kat kecemasan tu hanya akan treat betul2 bila dia nampak dah serius sgt je...byk kes dia treat mcm biasa je.. kat luar saringan pun ada ckp dada ean ada kahak, kat dalam doktor boleh ckp clear pula dadanya...APA MACAM??

frust betul tapi dengan sapa lagi nak percaya kalu bukan kat doktor...tambah2 lagi kat emergency dept,kan??? pasal mata ean ok katanya, takda apa2 tp diberi juga ubat mata?? tak faham..

26th Oct..bawa ean ke klinik putrajaya, test darah dan diberi gas lagi...kali ni result bloodtest ada..ean diberi tamiflu, ubat batuk dan kahak..

baby ean masih muntah2 dan batuk2 berkahak tapi mungkin dah kurang skit..mamapun dah start kerja 27th..tapi dalam hati masih risau..apa nak buat klu dia sakit semula lepas meke dan dadanya balik ..? sekarang pun lemah je ...ngantuk sangat..apap2 pun hopefully ean akan sihat sepenuhnya very soon...Mama loves You so much- my lil' angel...

Sunday, October 17, 2010

Ean jatuh katil!!

tak percaya..apa yang paling aku takut terjadi jugak..berkejar pulak aku ke emergency hosp putrajaya jam 4am!!

ean boleh lpd jatuh,nangis kejap then tertidur..kitorang ingat pengsan ke apa..sampai kat hosp blh plak dia gelak2 dgn staf2 kat situ...adoi! jiwa mama!
nasib tak apa2...

Bulan yang paling mencabar..

Ean almost 5 Months old now..

It was started when we brought him to private clinic in Presint Diplomatic, Putrajaya for his 4 months injection...the doc looked like blurred..eeeiiii..i really hated when the doc's look not very confident..actually i prefer to bring ean to follow up at govt or paed..since that's the nearest we could get in putrajaya...I've read about it somewhere...kat klinik biasa diorang bkn simpan dlm fridge pun..lainla kat paed btl2..tp hubby nak gak amik kat situ...ikut jela..

then pas2 dlm 2 hari dia mula popoop kerap...macam berlendir and a bit greenish..I dah mula panik..then kitorang bawa ean g hospital putrajaya unit kecemasan bila ean popoop more than 6 times...dlm kul 9 pm..

Bila i bagi sample poo ean..HA tu kata..biasa je...anak dia pun poo cam tu gak...eeiii...ye ke? normal ke? pasal ean biasanya popoop sekali sehari or 2 hari sekali je selama ni..doktor bagi air garam...klu poo dia watery sgt br amik katanya..tkt baby dehydrated..



..